Kebanyakan orang berasa sukar untuk mengingati perkara yang sepatutnya menjadi keutamaannya seperti mengingati nombor telefon ahli keluarga. Sebagai pelajar, kita mestilah mengenali diri kita untuk menyesuaikan diri dengan cara belajar yang kita pilih. Sebelum kita mencuba pelbagai jalan untuk meningat sesuatu, kita mesti tahu sejauh mana otak kita mampu mengingat sesuatu perkara.
Pertama, gunakan teknik 1 suami 6 isteri atau 1H 6W (how, what, who, when, where, which, why). Jika kita tidak berjaya menjawab ketujuh-tujuh aspek itu, maka otak kita masih lemah dalam menyimpan beberapa memori. Selain itu, kita juga boleh memainkan dua peranan, iaitu menjadi penyoal dan penjawab soalan. Kita memberi soalan kepada diri sendiri, kemudian berusaha untuk menjawab soalan yang kita ajukan itu.
Setelah kita menguji tahap daya ingatan anda, anda boleh mencuba beberapa teknik untuk mengingat sesuatu secara berkesan.
No comments:
Post a Comment