Dalam Al-Quran, terdapat sebuah surah yang khusus menceritakan mengenai masa.
Ayat-ayat tersebut jelas menunjukkan kepentingan masa kepada manusia.
Kita sendiri boleh membuat perbandingan antara orang yang bijak mengurus masa dengan yang sebaliknya. Sebagai contohnya, orang yang dapat mengurus masanya sering menyiapkan tugasan yang telah diberikan manakala orang yang suka menangguhkan kerjanya akan menyiapkan tugasannya pada 'last minute' tanpa menghiraukan kesalahan yang telah dilakukan dalam kertas tugasannya itu.
Pengurusan masa yang baik bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, kita mesti berusaha melalui pelbagai cara untuk menghasilkan produk yang memberi kepuasan kepada diri sendiri. Salah satu caranya adalah dengan menyelesaikan semua tugasan dengan kadar segera. Apabila kerja yang dilakukan disiapkan dengan cepat, kita akan berasa lega dan tidak perlu memikirkan lagi mengenai tugasan tersebut.
Selain itu, memberi peluang untuk orang lain membantu tugas kita juga merupakan cara yang efektif dalam teknik pengurusan masa. Dengan cara ini, bebanan yang perlu dipikul menjadi lebih ringan dan juga membantu kita untuk meningkatkan daya pemikiran yang lebih tinggi melalui perbincangan bersama rakan sekerja.
Kita mestilah mengutamakan tugas sendiri dahulu daripada tugas orang lain. Maksudnya, kita perlu selesaikan dahulu tugas kita sebelum membantu orang lain menyelesaikan kerjanya. Hal ini supaya kita tidak akan rasa gelisah kerana terpaksa memikirkan perkara yang tidak sepatutnya menjadi keutamaan untuk diri sendiri.
Di samping itu, kita juga perlu membuat perancangan yang rapi untuk sesuatu perkara. Tugasan yang mesti diselesaikan cepat mestilah dilakukan terlebih dahulu sebelum kita meluangkan masa kita terhadap tugasan yang lain.
No comments:
Post a Comment